Buat mawar mujahidah yang merindui jalan menuju Allah
Rasullulah S.A.w, dan sahabat-sahabatnya telah lama pergi meninggalkan kita.
Muhammad kekasih Allah, Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari-hari kehidupan. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan dari wahyu yang suci. U capan yang hikmah dari kalbu yang jernih di sambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada islam dengan menjernihkan fikrah,pendekatan akal, penyembuh hati sanubari. juga dengan jalan hujah dan keterangan dengan hikmah dan pengajaran yang penuh suci.
Bila mana ada pendekatan yang dirumuskan dengan baik, dan menabat hati.Bila mana dapat tekanan, dugaan, serta seksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
Dengan rahmat dan kurnia illahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sehaya tidak mahu terkecuali. Lalu terbentuklah jemaah islam pertama, jemaah Rasullullah dan para sahabi. Jemaah baharu itu sangat kecil dan merupakan ghuroba' (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran sendiri. (Surah al-nalh:125)
Golongan ghuroba inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi sebaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti. Biarpun sehebat mana rintangan jalan dakwah terus berkembang dan panji berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulllulah s.a.w hingga islamlah seluruh jazzilah Arab, demikian pula Parsi, dan Romawi mencabut jahiliyah dari akar umbi. Sabda Rasullulh s.a.w:
Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam kemana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawa penguasaan dan Al-Quran akan berpisah dari Al-Quran.
Duhai akhawat sayang fillah,ketahuilah....
Dalam langkah hidup ini ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri, kalau kita tidak memilih jalan yang menuju Allah, pasti kita aka melangkah ke jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu , syahwat, dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Illahi, dan jalan kesesatan itulah jalan iblis.
Orang yang berjalan diatas jalan Illahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang-orang yang berjalan dijalan iblis , sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati...
Tanyalah diri mahukah kita mencampakkan diri kelembah kehinaan ketika bertemu Rabbi'. Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat disisi Allah.
Namun adakah sama orang sekadar angan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli Redha Allah? Sungguh manusia terlupa akan perjumpaan ini.
Zaman berganti zaman berganti zaman, islam asing ( gharib)
kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba; Golongan ini sedikit sekali kerana golongan yamg mendapat demi tapisan dari Illahi, sehinggalah orang yang benar-benar ikhlas dengan Nya.
Adalah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghoroba' ini? Mungkainkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?
Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jlan Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari jalan Mu krana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri,,, amin

No comments:
Post a Comment