Saturday, 28 January 2012



Aku ingin sahabat yang ku sayang tahu, yang kalian sudah menjadi sebahagian dari kecintaan ku Munawwarah, Ayip, Iman, Helmi, Nico dan sahabat2 ku yang lain. tidak lain kerana Allah. Indahnya ukhwah seandainya tersemilah segala-galanya kerana Allah. Ingin sahabat ku mengerti yang aku perlukan doa darimu, agar tetap kaki ku di jalan Nya. Aku pun ingin sahabat ku memahami yang aku pun banyak kelemahan, yang tak dapat aku selindung lagi, yang terkadang selalu melukai, dan membuat tidak senang dengan sikap diriku. Aku ingin sahabat ku percaya yang aku sentiasa sayang dan merinduimu, namun kadang-kadang tidak aku tunjuk kerinduan dan kesayangan ku padamu. Jadi wahai sahabatku yang sentiasa dihati, maafkan tiap bicaraku, kelakuanku, kekhilafanku, sepanjang ukhuwah kita terjalin mungkin tidak mampu untuk ku menghilangkan parut luka hatimu kerana ku, tetapi aku sentiasa berharap untuk tetap menjadi sahabatmu yang setia disisi dalam gembira dan luka kerana persahabatan kiat tertaut dari cinta Nya...



  • Bila mata tidak mapu bertemu mata melihat,, resahnya jiwaku wahai sahabatku.
  • Bila suara tidak mampu singgah ketelinga , hanya mampuku membisikkan kata-kata semangat jiwa.
  • Namun ingatan bertandang mungusik rasa.
  • Bertanya-tanya hatiku apa khabarmu disana.
  • Ku titipkan doa kau sentiasa dalam keredhaan Nya.
  • Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada insan yang hina ini.
  • Alhamdulillah ,,,, sangat ku hargai..
  • Salam sayang dan rindu buatmu teman.

No comments:

Post a Comment