Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika harta takut kehabisan,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika dakwah dipandang ringan,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika hubungan dengan Allah dibiar suram,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika hati dibiar mati,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika rakan dibiar sendiri,
Layakkah kita bergelar pejuang , jika cinta dunia melebihi cinta Illahi,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika masa berehat melebihi kerja dakwah,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika ukhwah terbatas antara ahli,
Layakkah kita bergelar pejuang agama, jika akhlak semakin hari semakin hilang adabnya,
Layakkah kita bergelar pejuang jika sentiasa mencari keburukkan orang sedangkan muhasabah diri sendiri jarang-jarang,
Layakkah kita bergelar pejuang jika mulut dan kata-kata tidak terjaga,
Layakkah kita bergelar pejuang agama sedang kita masih disini seperti dulu,
Aku mohon ampunan dari MU Yang Maha Agung... Amin
TAUTAN HATI
Sunday, 29 January 2012
Saturday, 28 January 2012
MENANGISLAH
Menangislah sebagai Ummu Salaim apabila ditanya :
Mengapa engkau menangis?
Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang. "Jawabnya".
Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya untuk memandang langit seumur hidup, lalu berkata :
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan pada pandangan itu.
Ibnu Masud r.a berkata :
Seorang yang mengerti Al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira, dan tangisnya waktu orang lain tertawa. Diannya diwaktu orang lain berbicara, khusuknya diwaktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti Al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, dan bersuara kasar dan marah. Tanyalah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur :
Bagaimana hendak gembira sedangkan mati itu dibelakang kami, kubur dihadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami, dan perhentian kami ialah Allah....
Menangislah disini sepuas-puasnya, sebelum kau menangis disana...
Aku ingin sahabat yang ku sayang tahu, yang kalian sudah menjadi sebahagian dari kecintaan ku Munawwarah, Ayip, Iman, Helmi, Nico dan sahabat2 ku yang lain. tidak lain kerana Allah. Indahnya ukhwah seandainya tersemilah segala-galanya kerana Allah. Ingin sahabat ku mengerti yang aku perlukan doa darimu, agar tetap kaki ku di jalan Nya. Aku pun ingin sahabat ku memahami yang aku pun banyak kelemahan, yang tak dapat aku selindung lagi, yang terkadang selalu melukai, dan membuat tidak senang dengan sikap diriku. Aku ingin sahabat ku percaya yang aku sentiasa sayang dan merinduimu, namun kadang-kadang tidak aku tunjuk kerinduan dan kesayangan ku padamu. Jadi wahai sahabatku yang sentiasa dihati, maafkan tiap bicaraku, kelakuanku, kekhilafanku, sepanjang ukhuwah kita terjalin mungkin tidak mampu untuk ku menghilangkan parut luka hatimu kerana ku, tetapi aku sentiasa berharap untuk tetap menjadi sahabatmu yang setia disisi dalam gembira dan luka kerana persahabatan kiat tertaut dari cinta Nya...
- Bila mata tidak mapu bertemu mata melihat,, resahnya jiwaku wahai sahabatku.
- Bila suara tidak mampu singgah ketelinga , hanya mampuku membisikkan kata-kata semangat jiwa.
- Namun ingatan bertandang mungusik rasa.
- Bertanya-tanya hatiku apa khabarmu disana.
- Ku titipkan doa kau sentiasa dalam keredhaan Nya.
- Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada insan yang hina ini.
- Alhamdulillah ,,,, sangat ku hargai..
- Salam sayang dan rindu buatmu teman.
Wanita sangat berharga
Buat mawar mujahidah yang merindui jalan menuju Allah
Rasullulah S.A.w, dan sahabat-sahabatnya telah lama pergi meninggalkan kita.
Muhammad kekasih Allah, Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari-hari kehidupan. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan dari wahyu yang suci. U capan yang hikmah dari kalbu yang jernih di sambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada islam dengan menjernihkan fikrah,pendekatan akal, penyembuh hati sanubari. juga dengan jalan hujah dan keterangan dengan hikmah dan pengajaran yang penuh suci.
Bila mana ada pendekatan yang dirumuskan dengan baik, dan menabat hati.Bila mana dapat tekanan, dugaan, serta seksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
Dengan rahmat dan kurnia illahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sehaya tidak mahu terkecuali. Lalu terbentuklah jemaah islam pertama, jemaah Rasullullah dan para sahabi. Jemaah baharu itu sangat kecil dan merupakan ghuroba' (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran sendiri. (Surah al-nalh:125)
Golongan ghuroba inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi sebaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti. Biarpun sehebat mana rintangan jalan dakwah terus berkembang dan panji berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulllulah s.a.w hingga islamlah seluruh jazzilah Arab, demikian pula Parsi, dan Romawi mencabut jahiliyah dari akar umbi. Sabda Rasullulh s.a.w:
Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam kemana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawa penguasaan dan Al-Quran akan berpisah dari Al-Quran.
Duhai akhawat sayang fillah,ketahuilah....
Dalam langkah hidup ini ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri, kalau kita tidak memilih jalan yang menuju Allah, pasti kita aka melangkah ke jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu , syahwat, dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Illahi, dan jalan kesesatan itulah jalan iblis.
Orang yang berjalan diatas jalan Illahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang-orang yang berjalan dijalan iblis , sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati...
Tanyalah diri mahukah kita mencampakkan diri kelembah kehinaan ketika bertemu Rabbi'. Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat disisi Allah.
Namun adakah sama orang sekadar angan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli Redha Allah? Sungguh manusia terlupa akan perjumpaan ini.
Zaman berganti zaman berganti zaman, islam asing ( gharib)
kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba; Golongan ini sedikit sekali kerana golongan yamg mendapat demi tapisan dari Illahi, sehinggalah orang yang benar-benar ikhlas dengan Nya.
Adalah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghoroba' ini? Mungkainkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?
Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jlan Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari jalan Mu krana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri,,, amin
Friday, 27 January 2012
Lafaz " ALLAH" adalah nama yang mulia dan agung, nama yang mudah dikenali, mempunyai makna yang sangat bagus dan sempurna. Dikatakan bahawa kata Allah berasal dari akar kata alaha, yang bermakna zat yang dituhankan oleh hati, dicintainya, yang kerananya hati menjadi bahagia, yang diterima hati dengan segala kerelaan, dan yang menjadi tempat hati bergantung. Lebih dari itu, sangat tidak mungkin hati mendapat, ketenangan dan kebahagiaan dengan yang lain kecuali dengan Nya.
Kerana itulah Baginda Rasul mengajar Fatimah, anak perempuannya doa ketika kesusahan, " Allahu, Allahu Rabbi la usyrikubihi syai'an ( Allah, Allah Tuhanku, aku tidak menyukutukan Engkau dengan sesuatu).
" Katakanlah kepada mereka: (Allah jualah yang menurunkannya), dan biarkanlah mereka bermain-main dengan kesesatan."
(Surah Al An' am: 91)
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba Nya.
( Surah Asy-Syu'ara': 19)
"Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas hamba Nya".
Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi daripada lenyap
Subscribe to:
Posts (Atom)


